[ SIRI PENERANGAN USRAH ] Apa itu Usrah/Muzakarah Berkelompok? Usrah adalah suatu usaha dalam ben...



[ SIRI PENERANGAN USRAH ]


Apa itu Usrah/Muzakarah Berkelompok?


Usrah adalah suatu usaha dalam bentuk kolektif untuk memahami dan menghayati islam dan membentuk keperibadian individu yang mantap disamping dapat menguatkan hubungan yang kukuh diantara satu sama lain. Usrah bukanlah sesuatu yang baharu di dalam amal jamaie ini, tetapi adalah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah di rumah Darul Arqam bin Abi Al Arqam di Makkah dalam proses pentarbiahan bagi menyebarkan agama Islam. Usrah juga merupakan proses pentarbiahan dan pembentukan yang meliputi aspek pembelajaran,ukhuwwah,latihan,pembentukan peribadi dan pemikiran,persiapan jiwa,kepimpinan,perancangan dan lain-lain. ASAS USRAH Terdapat 3 asas usrah iaitu:


1. Ta’aruf.


2. Tafahum.


3. Takaful.


 


1. TAARUF Ia adalah rukun yang pertama. Hendaklah kita saling kenal mengenali dan berkasih sayang kerana Allah. Allah swt berfirman dalam surah Al Hujuraat : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara".


 


2. TAFAHUM Rukun yang kedua ini, setiap anggota dalam usrah akan saling menyokong dan memberi serta menjadi contoh antara satu sama lain dalam perkara-perkara kebaikan. Ia juga akan mendorong muhasabah diri di mana setiap anggota boleh menasihati saudaranya jika ia melihat sebarang kesilapan atau kekurangan yang perlu dibaiki.


 


3. TAKAFUL Sabda Rasulullah saw ; "Usaha seseorang untuk memenuhi hajat saudaranya lebih baik baginya dari beri’tikaf sebulan dalam masjidku ini". Hendaklah kita saling membantu bantu, pikul memikul masalah dan tanggungjawab antara kita. Ini adalah sebuah tuntutan iman yang nyata dan intipati ukhuwah di mana kita hendaklah sentiasa saling bertanya khabar dan bersegera sedaya upaya untuk membantu pihak yang memerlukannya.


Disediakan oleh: Unit Pengisian, Jabatan Fasilitator, Badan serta Unit Dakwah, MKKK 2016/2017.


#MKKKdiHati


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


"Mantap Keilmuan Teguh Kesatuan"


"BERSATU DAN BERJUANG