"Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas" Berdasarkan kata-kata semangat ini Badan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan pada tahun ini menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Menteri Besar Kedah. Kejohanan yang saban tahun diadakan ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada anak-anak Kedah yang berada di Kaherah dan seluruh cawangan. Perlawanan pada hari pertama telah menyaksikan sebanyak 27 perlawanan yang membabitkan 14 pasukan tersebut. Perlawanan seterusnya akan bersambung pada hari yang kedua bagi menentukan pasukan yang akan layak ke pusingan suku akhir dan separuh akhir.
Maklumat bagi program tersebut adalah seperti berikut :-
Tarikh : 16-18 Mac 2010
Hari : Selasa-Khamis
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Padang Futsal Nadi Syabab,Haiyu Sadis (16 Mac 2010)
: Dataran Kompleks Mahasiswa/wi,Haiyu Asyir (17 & 18 Mac 2010)
Pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah menyeru kepada seluruh mahasiswa Kedah agar dapat sama-sama kita berganding bahu memeriahkan kejohanan ini.