Papar Artikel |
Amanat Y.A.B Menteri Besar Kedah Darul Aman Dikirimkan pada 2010-05-01 08:47:23 |
- Sentiasa menjaga maruah dan tatacara kehidupan seorang pelajar muslim.
- Sentiasa ikhlas dan jujur menjaga nama Al-Azhar sebagai institusi pengajian Islam yang tersohor di dunia.
- Tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap pengajian serta berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan, sentiasa mendampingi guru-guru dan mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu yang ada.
- Memantapkan penguasaan Bahasa Arab melalui pergaulan dengan pelajar-pelajar Arab dan masyarakat tempatan di Mesir.
- Disiplinkan diri untuk menghadiri kuliah dalam apa jua keadaan.
- Kalau boleh diwaktu cuti, cuba tingkatkan penguasaan Bahasa Arab dan ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas umumi, jangan jadikan pulang ke tanah air sebagai budaya.
- Sentiasa mengutamakan matlamat untuk menuntut ilmu daripada dilalaikan dengan perkara sampingan yang lain, walaupun berpersatuan, nikah kahwin dan aktiviti lain tidak dilarang namun ia perlu diseimbangkan dengan baik.
- Jangan disampingkan penguasaan Bahasa Inggeris, malah ia perlu dikuasai, dimahirkan kerana ia ada banyak kelebihan lain.
- Selain ilmu pengetahuan, kemahiran, keterampilan diri dan peribadi menjanjikan kejayaan di alam selepas pengajian.
Y.A.B DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
SPMK.,JP
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN | |
|
|