Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah & Majlis Kebajikan Keluarga Kedah dengan sukacitanya akan mengadakan satu majlis bersama rombongan kerajaan negeri Kedah Darul Aman. Sehubungan dengan itu,pihak MKKK ingin menjemput kepada anak-anak Kedah yang berkelapangan untuk sama-sama menghadiri ke majlis tersebut. Maklumat bagi majlis tersebut adalah seperti berikut :-
Perkara : Majlis Perasmian Penutup Program Bina Insan Untuk Pelajar-pelajar Kedah di Republik Arab Mesir dan
Majlis Ramah Mesra Bersama Yang Berhormat Dato Seraja Setia Dato' Wira Haji Rasli bin Basir
DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Tarikh : 27 Mac 2010 M bersamaan 11 Rabi'ul Akhir 1431 H
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)
Etika Pakaian :-
Lelaki : Digalakkan memakai coat,baju kemeja,seluar slack,tali leher dan kasut hitam @ berpakaian sopan.
Perempuan : Digalakkan memakai jubah @ pakaian yang sopan dan kemas.
* Bas akan disediakan di Asrama Darul Aman 3,Haiyu Sabiek untuk ke majlis dan bertolak pada jam 9.00 pagi.
* Makanan untuk hadirin akan disediakan oleh urusetia majlis.
Disediakan oleh
Jabatan Setiausaha Agung
Majlis Kebajikan Keluarga Kedah
Sesi 2009/2010